Viral Rakaman DS Anwar Ibrahim Lepas Geram Di Dewan Rakyat, Tapi Ini Pula Respon Balas Azmin Ali?

 

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mula menunjukkan ‘taring’ masing-masing apabila dilihat bertikam lidah dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan dan wakil dari kerajaan pada hari pertama sidang khas di Dewan Rakyat hari ini.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah berhubung perjalanan persidangan Parlimen yang tidak membenarkan anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.

Rakaman Yang Tular

Antara yang bangkit mempersoalkan perjalanan sidang khas adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Langawi), Gobind Singh Deo (Puchong) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Di pihak kerajaan, antara yang bangkit mempertahankan perjalanan sidang khas ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Sidang khas selama hari ini yang bermula hari ini adalah yang pertama kali diadakan sejak 12 Januari lalu selepas kerajaan melaksanakan Proklamasi Darurat. – K!ONLINE

SUMBER/KREDIT: kosmo