‘Hilang lagi seorang frontliner’ – Anggota polis meninggal dunia selepas 11 hari di hospital


Seorang anggota polis yang mengalami komplikasi jantung meninggal dunia pagi semalam selepas 11 hari menerima rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Menerusi laman Facebook Polis Kedah, Allahyarham Sarjan Yasin Sudin yang bertugas di IPD Kubang Pasu, Jitra menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.30 pagi.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” tulis posting berkenaan.

Rata-rata warganet menyifatkan Allahyarham mempunyai keperibadian baik dan mulia selain kehilangan seorang lagi wira negara yang amat komited terhadap tugas.