Big Boss Hua Zong & Pengerusi Dewan Himpunan Cina antara 4 yg DID4KWA cemar Sungai Kundang


Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Ong Seng Khek antara empat pengarah syarikat memproses minyak sawit terpakai didakwa atas tud0han melepaskan bahan buangan ke dalam Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen.

Seng Khek yang juga Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), 71; Low Sze Wai, 66, Siow Lee Chen, 66 dan Ong Chee Ming, 34 mengaku tidak bersal4h dan memohon dibicarakan sebaik pertud0han terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said, di Mahkamah Sesyen hari ini.

Mengikut kertas pertud0han, semua tertud0h dengan niat bersama did4kwa melepaskan bahan buangan dari premis Syarikat United Fineoleo Sdn Bhd ke dalam parit yang akan mengalir ke dalam Sungai Kundang, Rawang, tanpa lesen.

Kesalahan itu did4kwa dilakukan di premis tersebut di Lot 19701, Jalan KPK 1/3, Kawasan Perindustrian Kundang, Kundang Jaya, di sini, pada 22 Oktober lalu.

Mereka did4kwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseks4an, yang memperuntuk huk0man penj4ra maksimum lima tahun atau dend4 atau kedua-duanya, jika sab1t kes4lahan.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ain Shafie, menawarkan jaminan RM50,000 terhadap setiap tertud0h dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melap0rkan diri di balai p0lis pada setiap bulan dan pasport diserahkan ke mahk4mah, serta dilarang menganggu m4ngsa.

Bagaimanapun, semua tertud0h dalam rayuan mereka menerusi peguam SY Ong memohon dibenarkan jaminan masing-masing RM 5,000 dengan alasan sudah memberikan kerjasama penuh, ketika diminta hadir ke mahkam4h.

“Kebanyakan mereka sudah berusia antara 60 dan 70 tahun, selain tidak beris1ko melarikan diri ke luar negara,” katanya seperti dilapor Berita Harian. Tertud0h kemudian dibenar diikat jamin RM50,000 berserta syarat tambahan dicadangkan pend4kwaan, dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Turut did4kwa lindungi pati…

Sementara itu, di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni, keempat-empat tertud0h dengan niat bersama did4kwa membenarkan lapan imigran har4m warga Myanmar, berada di dalam premis tanpa kebenaran sah di syarikat itu, jam 3 petang, pada 26 Oktober lalu.

Pend4kwaan dibuat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, dibawa bersama Seksyen 34 Kanun Keseks4an, yang boleh dihuk0m penj4ra maksimum 12 bulan atau dend4 atau kedua-duanya. Terdahulu Timbalan Pendakw4 Raya, Khairunnisak Hassni, menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertud0h.

Mahkam4h membenarkan semua tertud0h, masing-masing diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan sama dengan Mahkam4h Sesyen.