Perju4ngan ‘frontliners’ tahap kritik4l di Sabah: Dr Noor Hisham


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perju4ngan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik C0vid-19 di Sabah kini mencapai tahap kritik4l.

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penvlaran w4bak berkenaan di negeri itu.

“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan k0ntak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangk1ti serta memutuskan rantaian jangk1tan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes.

C0vid-19: Sabah catat kes tertinggi hari ini

Sabah mencatatkan angka kes tertinggi iaitu 488 kes baharu positif C0vid-19 berbanding negeri lain, hari ini.

Image may contain: text that says 'STATUS TERKINI COVID-19 Kes baharu mengikut negeri 11 Oktober 2020 SABAH SELANGOR KEDAH 488 kes Tempatan: 488 Import: W.P KUALA LUMPUR 26kes Tempatan: 25 Import: W.P LABUAN 16kes Tempatan: 16 Import: 0 JOHOR 15 kes Tempatan: Import: MELAKA kes Tempatan: Import: 3 kes Tempatan:3 Import:0 TERENGGANU kes Tempatan: Import: PERAK kes Tempatan: Import: PULAU PINANG kes Tempatan: Import: 1 kes Tempatan: Import:0 Jumlah kes baharu: 561 Tempatan: 553 Import: 8 SUMBER: CPRC KEBANGSAAN comms@moh'

Tiga klvster baharu dari negeri itu turut menyumbang angka berkenaan iaitu Klvster Surat (22 kes), Klvster Kasih (15 kes) dan Kluvter Khazanah (13 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya iaitu sebanyak 438 kes lagi dikesan daripada lain-lain saringan C0vid-19.

“Keseluruhannya sebanyak 561 kes baharu yang dilaporkan hari ini termasuk lapan kes import yang mendapat jangk1tan dari luar negara.

“Daripada 553 kes penvlaran di dalam negara, 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara.

Image may contain: text that says 'STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA 11 Oktober 2020 1.00% 29.30% Kes baharu New 561 Kes import Kes tempatan 8 553 Jumlah kes aktif Total active cases keseluruhan 15,657 4,587 ICU termasuk 29 bantuanalat pernafasan 90 Kematian baharu weath 2 Jumlah kematian Total Deaths 157 Kes sembuh baharu New recovered cases 133 Total Jumlah kes sembuh UKK@MOH URGMOH 10,913 KEBANGSAAN 69.70% SUMBER: comms@moh'

“Daripada 553 kes penvlaran di dalam negara, 11 kes pula pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu sebanyak 353 kes,” katanya.

Hampir 500 petugas kesihatan ke Sabah

Seramai 475 petugas perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian kesihatan (KKM) menggerakkan pasukan bantuan itu ke Tawau, Lahad Datu, Semporna serta Kota Kinabalu bagi membantu menangani penvlaran pandemik C0vid-19 dan mobilisasi pasukan itu dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana.

Dr Noor Hisham berkata, penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan bagi membantu mengawal situasi penvlaran jangk1tan C0vid-19 di Sabah selain untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana.

“Kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.


“Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu memerangi C0vid-19 di Malaysia setakat ini,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook KKM hari ini.

Dr Noor Hisham turut menyeru lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan melibatkan diri untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga C0vid-19.

Mengenai rancangan kerajaan untuk mengaktifkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau bagi melaksanakan bantuan sokongan dalam merawat kes selain C0vid-19, beliau berkata, hospital itu akan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik serta Pembedahan Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna.

“Kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan C0vid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya.

Beliau berkata, perancangan awal KKM bakal menyaksikan 100 katil ditempatkan di hospital itu manakala kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari masa ke masa.

Sukarelawan diperlukan di Sabah

 

Sumber: Bernama, Harian Metro, Facebook