InnaIiIIah Azhar Sulaiman Sebak Umum Berita Sedih, Insan Tersayang Baru Sahaja MeninggI Dnia

Agak lama menyepi dalam dunia seni hiburan dan hanya cerita berkenaan anak perempuannya sahaja yang timbul, Azhar Sulaiman hari ini berkongsi berita sedih di Instagram beliau.
Pelakon yang popular dengan filem lakonan berjudul Sayang Salmah itu memaklumkan dia baharu sahaja kehilangan orang tersayang.
Menurut Azhar, kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi meninggI dnia kira-kira jam 11.58 malam Isnin.
Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya itu mendapat respon rakan-rakan artis dan warganet yang mengucapkan takziah.
Sehubungan itu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwh kakaknya.
” Assalamualaikum semua, hari ini mami nak kongsi berita sedih tentang kehilangan kakak sulung mami Kamariah Sulaiman yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 11.58 malam semalam.
” Jadi kalau saya mengajak anda semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada kakak mami
” Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.
” Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.
Antara rakan artis yang memberi reaksi dengan menulis komen adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.
” Innalillahiwainnailaihirajiun.. i’m so sorry to hear this Abg Har. May she be placed amongst the pious in the Hereafter.” tulis pelakon Lisa Surihani
Sekilas info tentang Azhar Sulaiman
Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida “Connie” Ahmad.
Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan Filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat.
Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect dan mereka cipta set untuk drama dan filem.
Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU.
Kehidupan peribadi
Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995.
Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.
Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga anak, iaitu dua anak perempuan – Kasih Leia Ixora dan Kasih Iris Leona dan seoang anak lelaki, Andika Rees Pahamin.