Dr Mahathir Akan Cari Jalan Lain Untuk Jadi Perdana Menteri
Telah heboh bahawa Dr Mahathir Mohamad akan tamatkan kerjasamanya dengan PKR dan Anwar Ibrahim jika parti itu tidak mahu menerima dia sebagai calon Perdana Menteri ke 9. Ini akan membuatkan Anwar penin tanpa panadol.
Bercakap dengan Sin Chew Daily, Mahathir kata bahawa dia tak peduli dan akan berhenti bekerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim jika masalah pasal calon perdana menteri PH Plus tak selesai.
Kata dia lagi, jalan lain akan dicari untuk dia jadi jugak Perdana Menteri untuk kali ketiga.
Yang bestnya dia ada kata “Saya fikir saya akan berhenti (sekiranya tidak dicalonkan sebagai perdana menteri),” katanya.
Pada masa ni kerjasama dengan DAP dan Amanah tetap dia teruskan kerana kedua-dua parti itu menyokongnya sebagai calon Perdana Menteri.
“Saya tidak akan bekerjasama dengannya (Anwar) lagi kerana dia tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari cara lain untuk menjadi perdana menteri. Mungkin ada beberapa cara lain,” katanya.
Seorang pembantu Mahathir ada berkata kepada akhbar Malaysiakini yang ia merupakan pilihan terakhir sekiranya Anwar dan PKR terus berkeras.
Mahathir ada offer Anwar jadi timbalan dia dan dia pula akan jadi Perdana menteri untuk 6 bulan ja. Lepas tu dia akan serah kuasa pada Anwar. Kalau Anwar tolak maka dia bersedia meninggalkan PH Plus.
Mengulas lanjut, Mahathir kata Pakatan Harapan (PH) dan pendahulunya Pakatan Rakyat gagal gila membentuk kerajaan sebelum dia dan Bersatu bergabung dengan mereka. Kiranya dalam cerita ni macam dia memang power la. Kalau tak masakan boleh menang.
“Mereka telah lama berada dalam pembangkang. Sebelum saya bergabung dengan mereka, pada tahun 2008 dan 2013, mereka berusaha untuk menang tetapi mereka kalah. Mereka tidak boleh menang.
“Saya menyertai mereka pada PRU14, dan dengan sokongan orang Melayu yang cukup, kami menang. Maksud dia, kalau tak da sokongan undi Melayu yang dia bawa mana boleh mimpi nak menang.
Orang Melayu tidak akan menyokong parti berbilang kaum,” kata Mahathir.
