Allahu Akbar, ini bukti umat Islam berdisiplin
Suasana Solat jumaat di Masjid Besi Putrajaya. Bukti Islam itu agama berdisiplin. Alhamdulillah tadi diberi kesempatan untuk tunaikan solat Jumaat. Bukan di Putrajaya tetapi di Kedah. Kali ni lebih strict. Nasib baik pak mertua pesan mai awal ke masjid. Kalau tak melepas. Lepas cukup 60 je, pintu masjid terus ditutup.
Waktu khutbah Jumaat tadi terbayang la apa la nasib diri di akhirat kelak. Kalau kat dunia tak dapat masuk masjid tunai Jumaat masih boleh dimaafkan waktu wabak Cov1d ni. Tapi kalau kat akhirat kelak.. semua dapat masuk syurga, sampai turn kita, nama takde, dan hanya kita je yg tak dapat masuk. Allah. Nauzubillah min zalik. Sentap.
Semoga Allah ampunkan dosa kita, rahmati kita dan masukkan kita ke dalam syurgaNya yang kekal abadi. Amin.


Sumber; Mohd Huzaifah Muntalip
