Alhamdulillah. Bekukan lesen AR4K; semalam sebut, hari ini laksana.
Tak dapat semua, jangan tinggal semua…
Tahniah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang berani mengambil t1ndakan drast1k ini. Selepas ini, boleh hentikan sekali pembaharuan lesen yang lama. Yang penting ada usaha untuk lakukan secara beransur-ansur ke arah negara bebas AR4K. Bukan sekadar wayang politik.
Jika dilihat sirah penurunan larangan AR4K di dalam Quran pun ia diturunkan secara berperingkat. Dimulai dengan perbandingan manfaat vs mudh@rat AR4K, diikuti lar@ngan solat jika minum AR4K sehingga akhir sekali lar@ngan minum AR4K secara total.
Semoga ia boleh dijadikan teladan buat kerajaan-kerajaan negeri lain. Yang ini tidak perlu tunggu sidang parlimen untuk bah@s dan luluskan undang-undang baru. Inilah cara kerajaan Kelantan buat masa mula-mula Tuan Guru Nik Abdul Aziz ambil alih negeri CIK Siti Wan Kembang ini tahun 90-an dulu.

Malah ini juga dilakukan ketika Tuan Guru Abdul Hadi Awang lakukan ketika menjadi Menteri Besar Terengganu, 20 tahun dahulu. Kerajaan negeri tiada kuasa untuk kawal pengeluaran AR4K di peringkat pusat. Tapi ada kuasa untuk kawal penjualan AR4K di peringkat negeri.
Hanya ubah undang-undang kecil di peringkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Semua bawah kawalan kerajaan negeri. Cuma dalam konteks di Wilayah Persekutuan, tiada kerajaan negeri. Tapi masih ada jalan untuk bekukan lesen AR4K melalui bidang kuasa Menteri Wilayah.

Hendak seribu daya. Tak nak seribu dalih…
Tunjukan yang kerajaan kini berbeza. Nak tunggu kereta menteri kena langg@r dengan pemandu M4BUK baru nak hapuskan AR4K? Harap tak ‘flip flop’ dengan keputusan ini. Hari ini di dada-dada akhbar bahagian iklan, keluar notis-notis permohonan baru lesen AR4K. Jangan hendaknya kerajaan tunduk desakan mereka.
Rakyat memerhati. Benda baik kena SOKONG, benda bur0k kena LAW4N. Tak kira warna bendera parti!

