Muhyiddin Yassin paling banyak khianati saya – Tun Mahathir

MALAYSIA: Sebelum ini bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau lebih terluka dengan tindakan Muhyiddin Yassin berbanding dengan Azmin Ali.

Mengikut satu artikel yang diterbitkan pada 1 march 2020 oleh Sabah Post mengatakan bahawa Tun Mahathir kecewa dengan tindakan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi Presiden Bersatu selepas dipinggirkan oleh UMNO beberapa tahun lalu.

Apabila ditanya oleh wartawan di Yayasan Albukhry Mahathir menjelaskan bahawa beliau mengetahui Azmin Ali mempunyai agenda tersendiri dan dalam masa yang sama, Muhyiddin Yassin menyusun perancangan yang akhirnya berjaya.

“Dia (Azmin Ali) sudah mempunyai agendanya tersendiri. Namun saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin Yassin”.

“Dia (Muhyiddin Yassin) sudah merancang perkara ini sudah lama (agakkannya Tun M) dan kini dia sudah berjaya” – Tambahnya lagi.

Sebelum itu, Tun Mahathir ditanya mengenai perasaannya apakah dia berasa terkilan atau marah dengan tindakan Azmin yang memulakan gerakan bersama dengan 10 ahli parlimen lain meninggalkan PKR ketika bersama Pakatan Harapan.

Ia membawa kepada pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa Bersatu tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan yang seterusnya menjatuhkan kerajaan yang telah diasaskan pada 8 Mei 2018 yang lalu.

Untuk pengetahuan anda semua, Muhyiddin Yassin merupakan timbalan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau adalah orang yang mendedahkan skandal 1MDB, menyaksikan ahli parlimen Pagoh itu mengkritik kepimpinan UMNO. – Artikel ini 1/3/2020

Digugurkan dari ahli BERSATU

Tun Mahathir telah digugurkan keahliannya bersama 4 yang lain dari Parti Bersatu, keahlian mereka digugurkan atas aalasan duduk di blok pembangkang semasa di Parlimen.

Baca penuh di sini: Sikap Diktator Muhyiddin Yassin – Tun Mahathir

Namun dalam kenyataan media Tun Mahathir memaklumkan bahawa beliau tidak menerima pemecatan tersebut dan merasa dirinya sebagai seorang pengerusi Bersatu lagi. Beliau dikatakan telah hadir ke ibu pejabat Bersatu semalam.

Jadi beliau menyifatkan tindakan parti untuk mengugurkan mereka adalah tidak sah dari sisi perlembagaan parti dan mereka masih lagi ahli Bersatu.